Diantar Akhlak Rasulullah ; Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki
" AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW " ... ١. Baginda banyak diam. ٢. Berbicara ketika perlu. ٣. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat . ٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt). ٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’. ٧. Berfikir terus-menerus. ٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya. ١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ١١ . Marah bukan kerana nafsu . ١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ١٥ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas. ١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar. ١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan ke...